![]() |
Kulit novel grafik Lawak Kampus Jilid 17 |
Komik Lawak Kampus menceritakan hitam putih kehidupan pelajar di alam persekolahan menengah yang lazim dengan pelbagai tabiat dan masalah pelajar.
Jadi apa yang ingin saya kongsikan disini adalah berkaitan tentang watak-watak dari komik ini yang menjadi kegemaran saya.
Antaranya ialah :
Vanness
![]() |
google image |
- Pelajar paling nakal di sekolah. Senang dikenali dengan rambutnya yang keperang-perangan dan bergogal oren. Dia sering ditegur oleh kawan-kawannya dan pihak guru disebabkan kenakalannya. Vanness selalu dihendap oleh Xena. Kawan baiknya ialah Aditas yang sering mengikut sikap Vanness. Vanness juga mempunyai haiwan peliharaan dan menganggapnya sebagai pembantu iaitu seekor monyet. Nama Vanness diambil sempena nama pelakon Taiwan, Vanness Wu.
Aditas
![]() |
google image |
- Kawan baik Vanness dan sering terikut-ikut dengan sikap Vanness. Dia juga seorang pelajar yang nakal di sekolah dan sering dilihat ponteng sekolah bersama-sama dengan Vanness. Namun begitu, dia selalu membantu kawan-kawannya tetapi dengan cara yang merepek dan lucu. Selain kenakalannya, dia juga aktif dalam semua sukan di sekolah hinggakan pada tahap memasuki acara sukan di sekolah lain. Nama Aditas diambil sempena jenama sukan terkemuka, Adidas.
Si Kosong
![]() |
google image |
- Seorang pelajar yang kurang pandai dan lurus bendul. Berambut biru dan berbibir tebal. Si Kosong sering mendapat markah kosong dalam peperiksaan, justeru dipanggil 'Si Kosong'. Dia sanggup membuat apa sahaja untuk mendapat markah penuh dalam peperiksaan seperti rasuah, ugutan, perkara-perkara tahyul dan lain-lain dengan cara dan hasil yang sangat lucu dan merepek. Walaupun begitu, apabila mendapat markah penuh, dia menjadi beremosi pada tahap Si Kosong pernah hampir mati akibat terkejut. Dia mempunyai 'sock puppet' (boneka stoking) sebagai teman yang lebih bijak daripada Si Kosong.
Bepop
![]() |
google image |
- Pelajar yang wajahnya penuh jerawat, namun mempunyai ramai kawan. Lawak yang dihasilkan Keith untuk Bepop sering berkaitan jerawatnya. Bepop sentiasa mencari jalan untuk menghilangkan jerawatnya tetapi selalu ditipu oleh produk-produk kosmetik yang tidak laku. Hasilnya sama ada jerawatnya semakin besar atau semakin banyak. Dalam 'Lawak Kampus CONNECTION' m/s 84, bertajuk 'CERITA', Aditas dan Vanness membuat cerita mengenai jerawatnya, yang mana jerawat Bepop ialah sarang alien (makhluk asing) yang bersaiz kecil. Jerawat di mukanya pernah hilang akibat digigit ular. Wajahnya tanpa jerawat boleh diperhatikan dalam Lawak Kampus Rebound #2.
So, itu saja yang ingin saya kongsikan kepada anda semua :)
sumber dari : https://ms.wikipedia.org/wiki/Lawak_Kampus
0 Yorumlar